Monday, August 9, 2010

aku kayo

aku penah tulis pasal topik ni dua tahun yang lepas.masa tu aku praktikal kat SMKTBR (lokasi rahsia, sila teka). adatlah dalam sekolah ada macam-macam jenis orang. ada yang baik, tak baik, tak baik sangat, baik giler, dan yang "ber"baik. kenapa "ber" baik? sila teruskan baca kat bawah ni.

aku kata "ber"baik sebab mereka ni bukan nak baik sangat dengan kita, tapi ada sebab tersembunyi.ala2 kacang walnut bawah walnut brownies secret recipe. kalau ko tak makan brownies tu ko tak tau ade walnut kan? tapi kek yg atas tu banyak kalori.walaupun walnut tu sedap, tapi ko terpaksa makan semua kek baru bleh rasa walnut tuh.kenapa aku citer pasal brownies plak ni???

anyways, my point is, orang-orang yang berbaik sebab nak kita buat sesuatu untuk diorang ni, baik takyah layan.aku penah berbaik dengan sorang kakak ni, buat business yang agak glemer skarang. aku tak kisah kalo die nak berbisnes, tapi kenapa nak pancing kita dengan belanja makan segala?

memang akak ni baik, tapi bila sampai towards the end of my practicum, aku slalu wonder samada aku kena ikut dia ke tak.sebab aku dah nampak tanda-tanda nak ajak aku masuk berbisnes skali dengan dia.aku kalo bab bisnes ni memang cap ayam la.tak minat langsung.maksud aku, bisnes yang kena pegi rumah orang or jumpa orang sebab nak kempen masuk - pakai sendiri dulu - then jual - dapat duit - boleh berenti keja and bersara awal.

seriously, kenapa nak bersara awal? kat mane kepuasan kalau berenti keje awal? pastu nak buat ape? kalau boleh, aku nak mengajar sampai umur 65. itu yang keje tetap la.after 65 still boleh keje lagi kan? bukan nak cari duit, tapi sebab kepuasan.

aku suka guna perkataan "substance" bila dealing with things.ape-ape aku buat, mesti ade substance (bukan dadah cik yah oiiii) tapi "intipati" or "isi".senang citer, ade SOMETHING.let's say ko keje dapat 4 juta sebulan tapi ko pegi beli barang mahal2 tayang kat blog ko, mane substance nya?

sorry la kalau ade menyinggung perasaan sape2.tapi aku betul2 takleh terima pandangan orang yang berbisnes and suruh aku berenti keje kerajaan sebab duit.takpelah gaji aku nak naik 3 ribu lebih pun kena pegi blaja 2 tahun lagi, aku terima je.takpelah tak cukup duit nak beli beg chanel/coach/hermes pun.semua2 beg mahal ribu riban tu menyumbang pada siapa?

LU FIKIRLAH SENDIRIKKKKKK!!!

No comments: