Tiada sesiapa dalam dunia ini ingin hidupnya ditimpa kesusahan. Tiada siapa bangun tidur waktu pagi dan berkata "Tuhan, berilah aku kesusahan". Instead, you wake up early in the morning hoping for the best from God.
Apabila melihat seseorang dalam kesusahan, kita cenderung berkata:
"Dia susah kerana dia tidak berusaha."
"Biarlah dia tu, padan muka jadi miskin. Masa senang dulu sangat boros."
"Ah, dia itu memang, aku ajak mencari duit lebih tak mahu. Padanlah dengan dirinya jadi susah."
Sedangkan, adakah kita terlupa bahawa susah senangnya seseorang itu adalah ketentuan Allah? Are we that ignorant to ignore the fact that everything we gain and lose depends on His decision? Atau, adakah kita terlalu taksub dengan pandangan bahawa sesiapa yang berusaha dia akan mendapat ganjarannya, lalu melupakan bahawa ganjaran itu semuanya datang dari Allah?
Carilah rezeki semahumu, tapi jangan riak. Kita tidak tahu dimana kita akan berada tahun depan, bulan depan, minggu depan, esok, malahan di saat yang berikutnya. Kerana dalam masa satu saat, kita boleh berada di antara dunia yang fana atau alam barzakh.
Ingatlah, ketika kehidupanmu senang, ketika kekayaanmu melimpah, ingatlah bahawa orang yang susah ketika kehidupanmu senang itu akan senang juga suatu hari nanti. Bukan kamu seorang yang tahu berusaha. Usahalah dengan jalanmu sendiri, tetapi jangan sekali-kali merendah-rendahkan usaha orang lain. Kerana nilai pada sesuatu barang berharga itu berbeza pada setiap orang.
Aku ceritakan pada kamu bagaimana aku mendapat pemahaman ini. Aku pernah membuat kerja tambahan, dan kerja itu aku lakukan bersama rakanku. Semasa membuat kerja, aku dapati diriku diberi tugas yang berat, dan memeningkan kepala. Sedangkan rakanku, walaupun tugasnya banyak, namun ia bersifat "repetitive", iaitu, kerja yang sama sahaja. Quantity vs Quality.
Lalu aku berfikir, "Ini tidak adil. Aku membuat kerja yang susah, sedangkan upah kami sama." Aku berfikiran sebegini selama beberapa hari. Tibalah hari pembayaran, dan kami dibayar upah yang sama.
Mungkin disebabkan didikan oleh keluarga dan guru-guruku, aku bukanlah orang yang akan mempersoalkan kenapa bayaranku berbeza, tambahan pula rezeki tu adalah kategori rezeki mengejut iaitu ditawarkan membuat kerja ini secara tiba-tiba. Maknanya, it could've been given to someone else, but it was given to me. Therefore I cannot ask for too much. Aku menerima sahaja tanpa berkata apa-apa, walaupun dalam hatiku ada juga perasaan tidak baik.
Aku menyedari sesuatu apabila aku membeli sesuatu menggunakan duit tersebut. Aku membeli sehelai baju yang harganya sangat mahal (pada aku), tetapi selepas diskaun, aku cuma membayar RM40 ringgit sahaja. Begitu juga dengan makanan, apabila dibayar dengan menggunakan duit yang aku terima hasil kerja tambahan itu, aku mendapat lebih banyak dari yang sepatutnya. Percuma itu, diskaun ini, tawar-menawar yang berjaya, dibelanja rakan-rakan walaupun pada mulanya aku yang ingin belanja mereka.
Pada masa itu aku teringat perasaan aku yang mengatakan aku tidak dibayar sepatutnya. Inilah pengajaranNya padaku: NILAI SESUATU HARTA ITU BERBEZA. RM1 pada seseorang berbeza, berdasarkan keadaan mereka. Dan siapa yang meletakkan mereka dalam keadaan tersebut (susah atau senang)? Tuhanmu, siapa lagi?
Semasa itu, aku terasa sebak. Kenapa aku begitu senang melupakan kuasa Allah? Kenapa semasa aku diuji aku tidak mahu menyerahkan takdirku kepada Allah? Baru diduga sekecil itu dan aku telahpun tewas.
Semasa itu, aku terasa sebak. Kenapa aku begitu senang melupakan kuasa Allah? Kenapa semasa aku diuji aku tidak mahu menyerahkan takdirku kepada Allah? Baru diduga sekecil itu dan aku telahpun tewas.
Semenjak itu, aku cuba mengubah persepsi mengenai wang dan harta. Kalau sudah termaktub bahawa harta itu hak kamu, datanglah sekuat badai sekalipun ia tetap akan jadi hak kamu. Kalau sudah termakstub bahawa ianya bukanlah hak kamu, berusahalah sekuatnya sehingga keluar air mata darah sekalipun, ia tidak akan jadi hak milik kamu. Pada masa itu, kuatkan fikiranmu, teguhkan dalam hati, "Allah has better plans for me". Kerana itulah yang sebaiknya.
Kerana itu, aku berusaha sedaya mungkin untuk tidak memandang pada harta dan kebendaan. Apabila dihina kerana aku miskin, aku tunduk, senyum dan berkata dalam hatiku "Hai lah saudara, kalau kamu tahu apa yang aku telah nampak dan faham, kamu tidak akan berkata atau berfikir sebegitu. I pity you, but I pray for Allah to show you the same thing that he has shown me."
Itulah serba sedikit bagaimana aku diberi peluang melihat kekuasaan Allah dengan caraNya yang tersendiri. Kita tidak mungkin tahu segala-galanya di dalam dunia ini. Apabila diberi peluang, ambillah dengan sebaiknya. Pelajari, amalkan, dan berserahlah setelah berusaha. Itu yang sebaiknya.
No comments:
Post a Comment