Thursday, January 14, 2010

Entry Berdegar-degar

Hari ni Khamis, hari yang paling diminati oleh seantero pekerja2 di sini. Jadinya, pagi ni setelah bermesra-mesraan dengan Baby Ain yang dibawa oleh mummynya ke pejabat sebab abangnya Yusoff sudah demam, maka aku pun memulakan langkah menuju ke ofisku yang jauh nun di sana hujung dunia (memang jauh weh..tak cayer? sebatu dari ofis Fakulti Bahasa).

Makanya setelah sampai depan bangunan aku pun cepat2 beli nasi ayam (bang, ayam lebih!), naik ofis, makan nasi ayam, tercekik, minum air, burp~~~Alhamdulillah...cepat2 donload mana2 video yg berkenan di hati, cepat2 kemas barang, grab my class file and PBL file (skarang semua nk bawak Problem-Based Learning dalam klas, maka aku ikut jer) and cepat2 melangkah naik lebuh raya u, cepat2 panjat plak tangga blok G, menuju ke bilik GB13, belek jam kejap - ah, baru pukul 11.10..kalau 11.15, mau aku berlari (klas pukul 11 wei!!!).

Dalam perjalanan nak sampai ke bilik GB13, aku berfikir macam-macam benda. Hari ni semangat giler nak mengajar..hari ni aku nak ajar budak2 berdikari, jadi independent learner..bila aku dapat master nanti, aku nak pulak bimbing diorang jadi manusia berguna!!!!

Maka aku pun membuka pintu kelas dan baru nak ucap "Assala....."

Takde orang.

Sorang pun takde.

Bilik gelap.

Air-cond tutup.

Aku tengok jam. Oh ye! Hari Khamis kelas pukul 11.30 sebab aku bagi can budak2 tu pegi makan dulu. Diorang ade kelas dari 8-1pm non-stop.

Adoi.

Maka aku pun turun ke kafe kat blok D dan menghirup udara segar...

No comments: