Saturday, September 8, 2012

untuk kawan-kawan

hari ni saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang saya kenali bertahun-tahun lamanya (ada yang lebih 13 tahun dan ada juga baru kenal setahun setengah tapi macam kenal bertahun-tahun).

pada Aniza,
terima kasih sebab memahami,
temanmu yang seorang ini sangat sensitif,
yang sangat suka berfikir kelebihan orang,
sedangkan kelebihannya sendiri,
jarang-jarang disyukuri.
yang selalu lupa,
kadangkala harta bukan pengukur kebahagiaan,
yang seringkali membandingkan
dirinya dengan orang lain,
dan lepas tu terus tension berhari-hari!
terima kasih kerana sudi melayan temanmu berbual berjam-jam,
hanya kerana temanmu ini berasa sepi.
terima kasih...

pada Natasha,
terima kasih,
kerana sangat-sangat sabar dengan kerenahku,
dengan perangaiku yang suka merajuk,
hanya kerana kau lupa beritahu aku benda-benda
(benda tak penting pun kadang-kadang)
yang selalu meyakinkan aku bahawa suatu hari nanti,
akan ada seorang lelaki "who will love you the way you are"
terima kasih,
kerana sentiasa ada di alam maya (virtual, ok!)
walaupun kita dipisahkan dengan lautan.
terima kasih,
kerana setelah apa yang kita lalui,
kita masih punya memori bahagia bersama.
terima kasih...

pada Cheryl,
terima kasih,
kerana menjadi pendorongku di saat saat aku lemas,
kerana menarik aku keluar dari kekalutan,
kerana sentiasa menyedarkan aku,
bahawa kesusahan hidup yang dialami sekarang
akan bertukar menjadi kesenangan di kemudian hari.
terima kasih,
kerana menyakinkan aku usia 27 tahun bukan halangan
untuk aku meninggalkan "comfort zone" dan meneroka dunia luar.
terima kasih, kerana mengusap kepalaku mengesat airmataku
di saat-saat aku menangis tersedu-sedu
hanya kerana seorang lelaki
(kena mention jugak ke zura oi??)
terima kasih.

pada Nur,
terima kasih.
for pushing me to the edge,
dan menunjukkan padaku,
kalaupun aku jatuh, aku bisa bangun kembali.
terima kasih,
kerana mengajarku erti perjuangan yang sebenar
because just by being yourself,
aku belajar untuk tidak mengalah dengan keadaan,
yang Allah itu penentu takdir,
tapi manusia harus sentiasa berusaha.
terima kasih.

dan kepada sahabat-sahabatku yang lain,
yang kukenal di sekolah, di kusza, di upsi, di uitm, di unisza,
terima kasih...kerana,
walaupun bukan semua memori kita bersama indah-indah,

walaupun pahit masam kelam
kadang-kadang menjengah dalam persahabatan kita,

terima kasih
kerana masih lagi sudi menjadi sahabatku.
terima kasih,
kerana sudi menerima manusia yang kurang sabar,

cepat marah, kadang-kadang tercarut, kurang bersyukur, moody,

makan banyak (masalah ke ni?), malas bersenam, cepat dengki,
buat keje nak cepat-cepat, tak boleh silap sikit, suka mengamuk,
suka psycho orang, bengang bila ngantuk/lapar/letih,
pantang tengok bilik bersepah, suka membebel,
terima kasih kerana menerimaku dalam kehidupanmu.

doaku buat semua sahabat-sahabatku...

"Ya Allah… Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang. Ya Allah… Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu. Ya Allah… Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah Kami dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu. Ya Allah… Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya. Berilah kemudahan pada kami atas segala kesulitan-kesulitan kami, karena menghilangkan kesulitan itu mudah saja bagi Mu ya Allah. Amin.. Ya Robbal 'alamin..."

TERIMA KASIH SAHABAT!!!

P/s: this was an old post from my old blog.

No comments: