Ok kembali semula…kali ni taknak mukadimah panjang2...dalam bentuk sajaklah..luahan hati perasaan mane bleh terus terang sangat u ols…
Kau kata aku sempurna,
Kau kata engkau dengki jiwa raga,
Tak pasti engkau dengki pada apa,
Pada siapa tang apa celah mana.
Kau kata aku punya segala-galanya,
Kau kata aku lebih semua benda,
Sungguh sungguh aku kata itu semua auta,
Tapi mati-mati engkau benar, engkau kata.
Kita semua mahkluk Tuhan Maha Adil,
Lambat laun kita semua tergelincir,
Adil Tuhan tidak nampak pada mata kerdil,
Adil Tuhan tidak dengar pada telinga kecil.
Wahai teman,
Aku ini tidak punya apa-apa,
Tiada bapa penjamin semasa aku papa,
Tiada abang pengingat semasa aku alpa,
Tiada kekasih peneman semasa aku damba.
AKU TIADA APA – APA WAHAI TEMAN.
Aku bisa hidup dengan wang seringgit,
Bina hidup penuh sungguh dikit-dikit,
Dari kosong aku mahu jadi juta ringgit,
Dari tanah aku mahu terbang kelangit.
Aku ada apa yang kau tiada,
Aku tiada apa yang engkau ada,
Adil Tuhan tidak nampak pada mata kerdil,
Adil Tuhan tidak dengar pada telinga kecil.
Tolong teman, tolong jangan ungkit lagi,
Tolong teman, aku tidak mahu dengar peri,
Akan apa yang kita ada dan tiada di sisi,
Apa akan kita dapat, apa akan kita beri?
Pesan ini ikhlas untuk ingatanmu,
Pesan ini pesan aku sayang kamu,
Usah dihitung apa adanya aku,
Usah dikira apa kurangnya kamu.
TAHUKAH KAU TEMAN,
Setiap kali engkau beritahu aku,
Engkau sedih pilu hati jumpa aku,
Hati ini bagai diracik-racik pilu,
Siapa suka teman sendiri benci kamu?
Siapa suka teman persoal kebaikan kamu?
Siapa girang teman benci adanya kamu?
Siapa gembira teman sedih melihat kamu?
Siapa puas teman sakit sihatnya kamu?
WAHAI TEMAN,
Hati aku juga pandai rasa sakit,
Jiwa aku juga letih dengar engkau perit,
Kalau boleh aku mahu terus terselit,
Tapi aku sudah penat kena lilit.
Cukup cukuplah sayangku temanku,
Jangan sampai Tuhan tarik balik kesayanganmu,
Ingat ingat wahai sayangku temanku,
Tuhan juga bisa ambil aku darimu.
SOMETIMES, SOME THINGS ARE BETTER LEFT UNSAID.
No comments:
Post a Comment