Saturday, November 27, 2010

aku cakap sekali je.ko tak paham sudah.

smalam mase godek2 blok hamis jalikha - this is not a typo, tetibe ade satu post pasal dia pun ada tulis2 jugak kat momok jangan panggil aku.so aku klik la nak tengok sebab aku suka dengan cara hanis menulis.very straight to the point.you go gal! so..ape yang ada dekat blog momok?

dalam blog momok tu, ade kawan uncle sickoz yang tulis satu post ditujukan padanya. aku rasa ramai yang tak menyokong perbuatan dia.hari ni aku bukak blog dia, rupa-rupanya ada tulis buku pasal so-called scandal dia.dual language u ols! ada yang malay and english..haish...aku baca yang english tu rasa cam nak tampar pun ade.BAD GRAMMAR ALERT!

kenape nak buat macam tu pada seseorang kalau kita sayang pada dia? aku kalau sayang seseorang, seboleh-bolehnya akan cover rahsia orang tu, kecuali something yang kalau orang lain tak tahu akan bahayakan dia, mcm dia ada masalah kena pukul ngan boipren ke ape ke..dah orang tu percaya kat ko sepenuh hati, ko pulak sukati je dedah2 cerita yang entah betul entah tak.berani pulak si penulis bagi pesanan penaja pada pihak polis lah ape lah.sicko..memang sicko!

hm...biasanya blog2 skandal ni tak termasuk pun reading list aku tapi disebabkan rasa hormat pada Tuanku Siti Aishah, rasa-rasanya tak patut benda ni dihebohkan.boleh bayangkan tak perasaan dia?

Thursday, November 25, 2010

Ada apa dengan zura? (What is it with Zura?) (Part 2)

Ok kembali semula…kali ni taknak mukadimah panjang2...dalam bentuk sajaklah..luahan hati perasaan mane bleh terus terang sangat u ols…

Kau kata aku sempurna,
Kau kata engkau dengki jiwa raga,
Tak pasti engkau dengki pada apa,
Pada siapa tang apa celah mana.

Kau kata aku punya segala-galanya,
Kau kata aku lebih semua benda,
Sungguh sungguh aku kata itu semua auta,
Tapi mati-mati engkau benar, engkau kata.

Kita semua mahkluk Tuhan Maha Adil,
Lambat laun kita semua tergelincir,
Adil Tuhan tidak nampak pada mata kerdil,
Adil Tuhan tidak dengar pada telinga kecil.

Wahai teman,

Aku ini tidak punya apa-apa,
Tiada bapa penjamin semasa aku papa,
Tiada abang pengingat semasa aku alpa,
Tiada kekasih peneman semasa aku damba.

AKU TIADA APA – APA WAHAI TEMAN.

Aku bisa hidup dengan wang seringgit,
Bina hidup penuh sungguh dikit-dikit,
Dari kosong aku mahu jadi juta ringgit,
Dari tanah aku mahu terbang kelangit.

Aku ada apa yang kau tiada,
Aku tiada apa yang engkau ada,
Adil Tuhan tidak nampak pada mata kerdil,
Adil Tuhan tidak dengar pada telinga kecil.

Tolong teman, tolong jangan ungkit lagi,
Tolong teman, aku tidak mahu dengar peri,
Akan apa yang kita ada dan tiada di sisi,
Apa akan kita dapat, apa akan kita beri?

Pesan ini ikhlas untuk ingatanmu,
Pesan ini pesan aku sayang kamu,
Usah dihitung apa adanya aku,
Usah dikira apa kurangnya kamu.

TAHUKAH KAU TEMAN,

Setiap kali engkau beritahu aku,
Engkau sedih pilu hati jumpa aku,
Hati ini bagai diracik-racik pilu,
Siapa suka teman sendiri benci kamu?

Siapa suka teman persoal kebaikan kamu?
Siapa girang teman benci adanya kamu?
Siapa gembira teman sedih melihat kamu?
Siapa puas teman sakit sihatnya kamu?

WAHAI TEMAN,

Hati aku juga pandai rasa sakit,
Jiwa aku juga letih dengar engkau perit,
Kalau boleh aku mahu terus terselit,
Tapi aku sudah penat kena lilit.

Cukup cukuplah sayangku temanku,
Jangan sampai Tuhan tarik balik kesayanganmu,
Ingat ingat wahai sayangku temanku,
Tuhan juga bisa ambil aku darimu.

SOMETIMES, SOME THINGS ARE BETTER LEFT UNSAID.

Ada apa dengan zura? (What is it with Zura?) (Part 1)

Korang ade dengar tak pasal kisah chenta Tuanku Siti Aisyah ke hape nama dia mantan Agung kite dengan Uncle Seekers (mari cari hantu!)? Oh no no no aku bukan nak citer pasal diorang. Ke korang nak link dia? Nah klik sini, sini dan sini.

Ape dia? Klik2 tapi balik semula ke blog aku? Ahahahaha..kekdahnye aku nak letak website uncle sicko tuh kat sini. Tak best langsung. Photoshop gile babeng gamba2nye…semacam je..kesian Tuanku,,,

Eh, berbalik semula kepada topic kita. Ha…aku just nak cakap, dalam blog uncle sickoz tu kan dia buat part-part citernye..aku pun nak buat sama la nih. Aku nak menyatakan ketidakpuasan hatiku terhadap beberapa orang di sekeliling aku. Nak buat cemaner..nak cakap depan2 karang ade drama air mata. Pendek cerita ginilah, kalau aku tak terasa hati dengan apa yang korang buat kat aku, maknanya korang takde makna lah dalam hidup aku.

Dulu pensyarah aku, Encik ape tah (eh tetibe ingat nama dia, Encik Md. Nor) penah bagitau sesuatu pasal aku. Dia tengok tulisan aku, pastu dia cakap kat kelas (kebetulan aku duduk depan masa tu so dia nampaklah tulisan aku. “Awak semua tahu tak, melalui gaya tulisan kita, hati seseorang boleh dibaca. Contohnya Baizura… (aku time ni dah gelabah siot tadi aku tengah syok2 mengelamun tetibe je dia sebut nama aku).

“Baizura ni kuat merajuk…betul tak?” Kawan-kawan aku macam siot je sengih-sengih sebab mereka tahu itu adalah kebenaran!!!

“Tapi…” sambung Encik yang saspens itu “Baizura hanya merajuk pada orang yang penting dalam hidup dia. Lagi satu, dia suka tolong orang. Betul tak?” Maka riuhlah kelas Sinografi (Scenography/Kelas belajar hias pentas teater) kami pada hari itu.

Oh Encik-saya-lupa-nama-Encik (Encik Md Nor yer..aku tak derhaka lagik lupa nama pensyarah nih), memang betul kata-katamuuuu!!!! So, kalau aku tak cakap ape-ape pdahal aku terasa hati, jangan nak kata aku sensitip hokehhh.. aku memang macam tu dah tu nak buat macam mana? Ok ok boleh berhenti merapu skarang. Ni baru mukadimah u olss..gini citernye… (bersambung di Part 2)

Tuesday, November 2, 2010

lagi 3 hari cuti!!!

lagi 3 hari cuti.tu je nak cakap.

buat ape time cuti? part time lah ape lagi. translate ni, edit tu, semua duittttt!!!

semoga cuti 2 minggu ini membawa duit yg banyak kepada saya.aminnn.