Friday, August 29, 2008

Learning New Lingo At School



assalamualaikum (Sejak2 jadi cikgu nih dh slalu bagi salam)
hihihihihi

okei. today i want to talk about some new lingos i learnt at school.

1. bahan

meaning: pedajal/kutuk
contoh: "CIkgu, saya taknak aa shuffle kat padang perhimpunan. nanti tak habis2 kena bahan.

2.bagai

meaning: macam-macam hal/ntahapehapentah
contoh:
"Cikgu, saya nak pegi toilet boleh?"
"Tak boleh."
"Cikgu tolong la!"
"Nanti kalau awak tak balik macam mane? kalau awak jatuh tangga lepas klua
toilet sape nak jawab???"
"Cikgu ni bagai la".

3.touchy

meaning: sensitive

contoh:

budak: Cikgu comel la hari ni.
cikgu: oh ye ke?
budak: tapi kalau cikgu slim skit lagi comel.
cikgu: (buat muka harimau)
budak: ala...ilek arr cikgu. cikgu nih touchy la.

dan macam2 lagi perkataan yang aku baru dengar, or perkataan yang aku tau tapi penggunaannya tak sama...alahai...

patutla korang tak lulus bm. isk.

Friday, August 22, 2008

A Little Bit Goes A Long Way

Assalamualaikum…

Hari ni aku nak bercakap pasal harta. Duit. Money. Wang. Materialistik. Panggil la ape pun semuanya berpunca dari satu simbol. $$$. Kenapa agaknya kita semua suka duit? Memangla kalau banyak duit hidup senang...tapi salah ke kalau aku memilih nak jadi orang yang tak banyak duit sangat? Maksud aku, duit tu, ade, tapi takdela melimpah ruah macam sesetengah orang. Cukupla setakat nak pakai keta sebijik, bleh bawak mak aku pegi Haji...

Susahnya hidup di kalangan orang yang gilakan duit, harta, kekayaan, kesenangan, etc. Susahnya bila aku kena jelaskan prinsip hidup aku yang tak mementingkan harta melimpah ruah yang diperolehi dalam masa yang sekejap. Susahnya nak menjelaskan bahawa aku tak kisah kalau aku hidup dalam rumah teres mak aku je, as opposed to some people yang nak hidup dalam rumah dua tingkat harga sejuta dekat Damansara (cukup ke sejuta???). Susahnya bila aku sentiasa kena berpegang teguh pada prinsip hidup yang kadang-kadang orang sukar nak faham. Bukan aku nak semua orang faham aku, tapi boleh tak hormat prinsip hidup orang lain?

Pelik sangat ke bila aku kata aku tak kisah kalau aku tak kaya? Pelik sangat ke bila aku berpandangan bahawa apa sahaja duit yang masuk poket aku, aku akan reflect balik, betulkah jalan rezeki yang aku pilih? Sebelum aku suap nasi masuk dalam mulut aku, salah ke kalau aku fikir bahawa nasi yang sesuap tadi tu aku beli pakai duit yang datang dari mana? Halal ke rezeki aku bila aku dapat duit banyak-banyak dengan memujuk orang melabur?

Salah ke kalau aku nak pakai baju kurung harga rm10? Salah ke kalau aku berpendapat bahawa pendidikan yang tinggi equals to better life? Kenapa ada orang cakap kat aku, tak guna ambik master, kalau setakat nak jadi cikgu? Kenapa nak sangat ikut orang-orang yang duitnya banyak melimpah sampai tak tau nak simpan kat mana? Kalaulah semua orang fikir macam ni...aku tak terkejut kalau kiamat nak dekat.

Alangkah senangnya kalau semua orang boleh berfikir bahawa duit tak semestinya menjamin hidup yang diberkati Allah. Alangkah senangnya hidup aku kalau orang tak mempersoalkan jalan hidup yang aku pilih. Susah sangat ke nak faham bahawa aku tak kisah kalau gaji aku tak sampai lima angka sebulan, asalkan kerja yang aku buat tu berkat. Aku bukan religious sangat, tapi aku tahu sempadan kat mane. Bila duit yang diterima setiap hujung bulan jumlahnya beratus ribu, tapi memikirkan kembali all the shits you have to do, aku rase aku tak tergamak nak makan duit tu.

Bunyi macam senang nak cari duit. Tapi aku duk fikir, bila aku dapat duit banyak, tapi aku teragak-agak nak guna duit tu especially bila nak beli makanan (sebab aku suka makan kan...) best ke hidup macam tu?

Hebat sangat ke bila dapat buat duit beratus ribu sebulan tapi hujung pangkal duit tu tak tahu kat mana? Apa beza makan riba dengan makan bonus hasil daripada memujuk orang menyertai pasukan mencari duit kita? Memang manusia ni cepat sangat buta bila dengar duit yang jumlahnya empat, lima, enam angka senang nak dapat. Tapi aku duk fikir, rezeki kan masing-masing, semua kerja Allah. Kalau aku pilih untuk tak nak dapat duit dengan cara yang senang dan cepat tapi terpaksa memaniskan muka walaupun hati tak senang, lebih baik aku jadi papa kedana yang kerjanya ikhlas menolong orang lain.

Memangla, mesti orang cakap aku bodoh sebab aku tak nak duit banyak dengan cepat. Mesti diorang cakap, “Aku dah buka jalan rezeki, ko yang tak nak ikut”. Salah ke kalau aku tak nak ikut? Salah ke kalau memang dah perangai aku suka mencabar fakta? Bagi aku, aku tak boleh nak menceburkan diri dalam business yang aku tak tahu hujung pangkalnya kat mana. Oleh itu, aku kena jugak buat kajian sendiri. Bila aku jumpa sesuatu yang bertentangan dengan pendapat sekumpulan orang yang suka duit, aku dipijak-pijak.

Salah ke kalau kita mempunyai habit yang suka bertanya? Salah ke kalau aku ambik jalan yang tak ramai orang ambik? Salah ke mempunyai pendirian sendiri, walaupun pendirian aku sangat berbeza dengan pendirian sebahagian besar orang di sekeliling aku? Isn’t being different is what you need to live this life? Is it really bad to be different?

Kalaulah aku ada jawapan untuk semua soalan ni, mesti aku tak rasa macam yang aku rasa sekarang. Berhadapan dengan orang yang banyak duit dan menghina pendirian aku yang tak kisah walaupun hidup aku tak banyak duit. Biarlah aku miskin harta, asalkan aku kaya budi, kaya kawan, kaya minda dan yang penting sekali kaya ilmu. Takpelah aku takleh pakai kereta Toyota Cardina pun asalkan yang penting sebulan sekali aku pegi ATM, ade duit seribu dua, boleh tanggung belanja harian mak aku dengan aku.

Korang nak pakai Mercedez 5-series ke, 8-series ke, lantak korangla. Aku pakai Honda C70 pun jadila. Asalkan bila tiba hari pengadilan, aku tak perlu tergagap-gagap nak menjawab bahawa rezeki yang aku makan selama aku hidup di muka bumi ini adalah rezeki yang halal dan diberkati Allah.

Sekian.

Saturday, August 16, 2008

Budak-Budak Zaman Sekarang Part II

One day, I asked the students to copy something from the blackboard. Disebabkan saiz saya yang agak besar, saya menghalang pandangan pelajar. Maka...

Student: Please Ticer!
Teacher: Yes dear?
Student: Please teacher can you pass away?

....................................................................................................................................................

aku tak tau nak kate ape.terus bantai gelak kat situ.
isk.